Wednesday, 27 January 2016

Freelance - Bookkeeping and Accounting services for Small Business



Adakah berniaga sendiri atau baru memulakan perniagaan?
Miliki bisnes Enterprise atau Syarikat SME Sdn Bhd?

Andalah yang kami cari..

Adakah anda terlalu sibuk dengan operasi perniagaan dan akaun syarikat anda masih belum siap untuk dihantar kepada juruaudit?

Atau pihak bank minta akaun pengurusan terkini untuk permohonan pinjaman perniagaan?

Atau anda baru sahaja menerima surat cukai dari LHDN?


Mesti runsing bukan? Boleh sakit kepala dibuatnya.


Anda pula nak buat akaun tapi tak tahu caranya?
Dokumen yang ada pula banyak yang tak lengkap?
Atau anda tiada masa pun untuk mengemaskini akaun syarikat?

Teringin dapatkan servis dari firma perakaunan tapi caj nya mahal?
Atau anda pernah bayar servis firma perakaunan tapi mutu kerja dari junior level je?

Nak upah akauntan sendiri tapi kena bayar kos bulanan pula?


Anda tak perlu runsing dan risau lagi.
Jangan pecah-pecah kepala fikir.


Serahkan sahaja pada kami.

Dengan pengalaman professional yang kami ada, anda pasti berpuas hati.


Kami sedia membantu anda secara online atau on-site.

Khidmat nasihat awal adalah PERCUMA.


Area perkhidmatan : Selangor, Kuala Lumpur, Kota Damansara.


Untuk maklumat, pertanyaan dan penerangan lanjut, sila hubungi Nurrul di talian 017-300 1513 (sms/whatsapp/telegram) atau emelkan segala permasalahan anda ke alamat lacasadelawidad@gmail.com


Firma perakaunan yang memerlukan tenaga kerja secara part time juga boleh emel ke lacasadelawidad@gmail.com

#accounts #malaysiagst #tax #businessconsulting #tutoring #training
#lacasadelawidad

Thursday, 14 January 2016

Hablumminallah Hablumminannas~

Pesan abah untuk anak-anaknya..baca dan pelajari sesuatu dari kisah ini..

******

Assalamualaikum..

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keaibanku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Maka tugas kita seterusnya adalah berkongsi Hadis Nabi SAW ini dengan orang lain, moga ianya memberikan manfaat kepada semua.

#letssharetogain
#artofsharing
#lacasadelawidad

Pesan Abah - Hakikat Sedekah

Hakikat Sedekah~

Sedekah pertama dipanggil sedekah Khususi.

Ini termasuklah menjaga makan, minum, kebersihan diri, persekitaran kediaman, cara berpakaian dan sebagainya berhubung dengan diri sendiri sebagaimana saranan syarak.

Menjaga makan minum, cara berpakaian menutup aurat, menyapu sampah dalam dan luar rumah, bila terasa ingin makan sesuatu makanan, lalu kita tunaikan kehendak selera kita tetapi tidak berlebihan dan bersederhana dalam segala urusan juga termasuk dalam sedekah.

Yang kedua, menjaga perkataan dan tingkah laku (Quali & Pheali).

Bersederhana dalam perbicaraan (mengeluarkan perkataan dengan tertib dan beradab), sopan santun dalam setiap tingkah laku.

Bak kata pepatah Melayu, hukum dijunjung adat dijinjing.

Yang ketiga, menjaga hati (Qolbi), iaitu dari sifat mazmummah seperti sombong, riak, takbur, hasad dengki dan lain-lain sifat yang dicela oleh syarak, kerana sifat inilah yang boleh membatalkan segala pahala (kebaikan) yang kita amal.

Yang keempat, membersihkan harta. Ini termasuk memberi makan kepada makhluk Allah, sedekah jariah, mengajarkan ilmu yang bermanfaat, menasihati seseorang, memberi pertolongan dan sebagainya.

Yang kelima, menjaga alam sekitar. Ini termasuklah menjaga binatang peliharaan, menjaga pokok bunga, menjaga kebersihan kebun seperti membaja dan sebagainya.

Dan kalau hendak dihuraikan, hakikat sedekah itu terlalu banyak. Meliputi setiap aspek kehidupan manusia.

Yang penting, kita laksanakan setakat yang termampu, jujur dalam setiap tindakan dan ikhlas kerana Allah s.w.t kerana sesungguhnya Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.

Apa maksud ilmu yang bermanfaat?

Ilmu yang bermanfaat bermaksud setiap pengetahuan tentang sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan atau hasil kepada diri sendiri dan orang lain termasuk seluruh alam.

Sebagai contoh, kalau kita menjahit pakaian, kita akan dapat upah. Ini disebut pahala didunia (ditambah rezeki) dan kalau kita jumpa orang susah lalu kita tolong jahitkan pakaian dia tanpa upah, ini disebut pahala akhirat (rasa kasih sayang, belas kasihan, silaturrahim) kerana sifat ini termasuk perkara ghaib, hanya dapat di rasa, tetapi tidak dapat diwujudkan (dinyatakan). Maka termasuklah juga beriman kepada yang ghaib.

Kalau kita renungkan betul-betul, segenap aspek kehidupan ini berkonsepkan sedekah. Manusia tidak memiliki apa-apa pun di dunia ini. Semuanya milik Allah, cuma dianugerahkan kepada setiap manusia dan makhluk atas kudrat (kuasaNya) dan irodat (kehendakNya). Berpandukan ilmu dan usaha yang dianugerahkanNya juga.

Didalam sedekah juga ada sembahyang dan puasa. Nak tahu lebih lanjut?

Maksudnya, berusaha menunaikan sedekah itu ibadatnya seperti sembahyang, dan tidak menghebahkan (menyembunyikan) sedekah itu, ibadatnya seperti puasa.

Bila hati kita terasa ingin bersedekah kepada seseorang, bermakna rezki orang itu ada dengan kita, Cuma nya Allah hulurkan melalui diri kita, sebab itulah kita terasa ingin memberi pada seseorang. Sebenarnya rezeki itu milik orang lain, apabila kita berikan kepada orang itu, hati kita terasa lapang, bermakna beban tanggungjawab terlepas daripada kita.

Macam mana pula kalau kita ada niat, tapi kita tidak memberi?

Itu makna kita lalai dan sebab dari sifat ini, kita akan sentiasa teringat tentang perkara itu, itulah beban yang kita bawa setiap hari.

Kalau kita belanja adik beradik atau kawan, itu kira macam mana?

Sama lah, sedekah lah tu, kita dah menyucikan harta kita. Bila harta kita dah bersih, bermakna kita telah memberi nafkah kepada diri sendiri perkara yang bersih, makan dan minum kita dari hasil yang bersih, dan dari itu akan muncul fikiran dan tubuh badan yang sihat.

Macam mana kalau orang mintak sedekah kat tepi-tepi jalan tapi kita tak terasa nak bagi pun?

Kalau hati kita tak rasa "tersangkut", itu bermakna bukan rezki dia lah. Ada lah sebab dan musababnya.

Kita juga kena faham orang yang layak di beri sedekah, barulah sedekah kita itu ikhlas.

Sedekah yang dimaksudkan disini, tanpa meminta. Kalau kerja dia asyik meminta, tak layak diberi melainkan dia minta makanan dan minuman.

Buka internet dan cari syarat-syarat orang yang layak menerima sedekah seperti contoh musafir yang mencari ilmu yang bermanfaat. Bermakna orang yang merantau mencari ilmu untuk kebaikan manusia. Kalau yang mencari ilmu untuk merompak, tak payahlah tolong.

******

Takzirah abah buat anak-anak dia dalam group whatsapp.
InsyaAllah akan cuba memahami dan mengamalkan.

#spreadthelove
#artofsharing
#lacasadelawidad
#positivemind
#positiveattitude
#letssharetogain