Friday, 12 February 2016

Cara Daftar Perniagaan di SSM

As salam..

Hari ni nak share cara-cara daftar perniagaan kita dekat SSM.

Sekarang ni boleh daftar online juga, tapi disebabkan sistem yang asyik breakdown dan nak cepatkan proses tanpa bazirkan banyak masa, jadi terus saje pergi daftar dekat Tingkat 14, Pejabat SSM Kuala Lumpur.

Share kat sini bukan apa, kalau ada jugak yang macam saya ragu-ragu boleh ke pergi daftar secara manual ni? lambat ke prosesnya?

Duk dengar cakap-cakap orang je tak kemana.. siap ade yang cakap kena buat online jugak, diorang dah tak entertain manual ni.. dah sampai sana diorang suruh buat online jugak kat pc kat sana?

Habis kalau xpandai IT atau xde access yang baik utk internet macam mana kan..

Jadi nak kongsikan kat sini betapa mudah dan sangat2 jimat masa daftar manual (iols habiskan seminggu melayan sistem yang menyedihkan tu tau T.T)..so sesape yang nak daftar peniagaan tak kira la sole proprietor, partnership, LLP, Sdn Bhd dan lain-lain tu boleh la rujuk kat sini.

First, korang kena isi la dulu Form A (Business Registration Form) dan Form PNA 42 (Business Name Approval). Borang boleh dapatkan DISINI.

PNA 42 ni bagi yang menggunakan trade name. Kalau guna nama seperti nama seperti dalam IC xpayah la isi. Dan dalam form ni kalau boleh sediakan siap2 at least 3 nama alternatif untuk trade name tu ye.

At least kena la standby trade name kot-kot nama yang kita nak dah ade orang yang punye.. dan kena jelaskan maksud bagi nama yang bukan dalam bahasa melayu atau inggeris yerk..

Atau kalau yakin diri boleh la semak dulu dekat e-search SSM tu..Register free je, boleh search kalau nama perniagaan yang korang nak tu ada dah orang pakai ke belum.





PENTING!! Bawa sekali salinan photocopy IC korang ye. In case kalau korang lupa nak bawak, ha sila la pegi dekat Kedai Kita dekat luar sebelah SSM tu sebelum menapak naik lif ke Tingkat 14 yer. Kang penat nak ulang alik naik turun naik kan.. 

(P/S: Mahai la sket cas die..nak jimat..photostate sesiap)

Kedai Kita.. bersebelahan dengan Pejabat SSM.. dalam satu building yang sama je :)

Hokeyss.. dah siap semua borang? Naik je lift terus ke tingkat 14 yer.

Dah sampai sana terus je pergi Kaunter 12.. untuk semakan borang. Diorang akan semak lengkap tak 3 dokumen tu dan akan suruh ambil no dekat skrin sebelah kaunter tu.

Ni Kaunter 12.. Kalau yakin diri dokumen dah siap tekan je no 2 terus dekat skrin sebelah tu...hehe


Ni Skrin untuk ambil no. giliran...Tekan No 2 dekat skrin tu yer..

Sambil-sambil tunggu tu, boleh la tengok2 gelagat orang.. ehhh..hehe..okay pada yang partnership atau LLP atau Sdn Bhd, please make sure semua partner tu sign dekat Page 2 Form A tu yer.. kalau tak..semua kena datang nanti..kesian kalau sorang je datang tiba2 dekat Page 2, ada partner yang xsign atau xcukup sign.

Dah dapat no. giliran ni, jadi tunggu je la giliran untuk diorang check trade name kite dan buat bayaran bila dah lulus.
Tak lama sangat pun saya tunggu giliran ni..dalam 10 minit je macam tu..nombor pon dipanggil.. 

Waktu berurusan di kaunter ni, diorang akan check trade name tu..kala tak sesuai dia akan suruh buat penambahbaikan la. 

Saya pon xberkecuali.. sebab bila kita pilih trade name, nama yang dipilih mestilah sesuai dengan semua aktiviti perniagaan yang kita declare tu..jadi dari pada nak letak nama "La Casa De La Widad" je.. kena tambah perkataan yang melambangkan perniagaan itu sendiri..

Mula-mula nak tambah consult dekat belakang..tapi diorang kata tak sesuai sebab bukan semua aktiviti bisnes adalah consulting.. 

Nak letak business centre..pun tak boleh sebab ada consulting dalam tu..

Fikir punya fikir dan nak cepat... Lahirlah nama "La Casa De La Widad Network"... 

Semoga setiap cabang perniagaan yang ada dalam ni melahirkan perniagaan yang baik, halal dan menguntungkan serta mampu memberi khidmat bakti kepada orang yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung...semoga bercambah-cambah yerk..(cabang kan..heheheh)

Okay satu perkara penting, bila korang pilih nama yang orang lain xfaham atau bukan dalam bahasa melayu atau inggeris..dekat dalam Form PNA 42 korang kena la bagitau apa maksud nama yang korang pilih tu.

Like La Casa De La Widad maksudnya Widad Houz atau Houz of Dreamz and Love.
La Casa De La tu Spanish version.. Widad tu dari bahasa Arab.

Nama dah approve..so kena la buat bayaran..kalau nak buat setahun je harga dalam RM70.60 termasuk GST.. bagi saya yang 'rajin' sangat nak renew tiap tahun ni buat la terus 3 tahun.. bayaran hanya RM190.60 je.. kena la yakin perniagaan kita bertahan lama kan..Business survival first 3 years tu la..jadi kena la yakin the networks will grow and growth...hehe..himnae!

 
 


Now duduk2 sekejap dan tunggu nama korang dipanggil dekat kaunter 12 tu..dalam piagam pelanggan..biasanya dalam masa 1 jam je korang dah boleh dapat Certificate Business Registration tu..tapi dalam 10 minit je aku dah dapat dah Borang D.. So finally La Casa De La Widad Network made official!!




So from now on..start to separate yourself from the business. All the receipts kena simpan dan jadikan habit, asingkan pembelian dan akaun untuk kegunaan peribadi dan syarikat. Baru la xsakit kepala.

Oh segala kos korang nak register ni boleh simpan resit and masuk dalam pre-incorporation cost yerk :) Tak tau ape tu?? meh hire iols buat akaun.. hehehehe

Next step, boleh pergi bank dan mintak borang untuk bukak current account pulak. 
Ada masa nanti saya share dekat sini yer..bear in mind standby RM1,000 @ RM2,000 untuk bukak current account yer.



Apa yang anda perlu tahu pasal SSM ni ?? Rujuk je bawah ni :)
   
Piagam Pelanggan... Sejam je nak daftar peniagaan..tapi jangan risau...xsampai pun sejam..terbaik SSM!... sistem online je kena baiki...stress dibuatnye...membazir banyak jugak masa dan data...hehehehe



Boleh Rujuk Kaunter2 ni...

  
Harga bagi setiap perkhidmatan...



Ni perkhidmatan kiosk yang bakal diperkenalkan.. meh cuci2 mata je dulu...setakat hari ni tak boleh nak guna lagi pun..hehe

Ni Khidmat Kiosk untuk masa akan datang..
Coming soon hokeyyy...lepas ni senang la sikit kan..